kisah kisah pengajaran untuk semua umat islam

Home Top Ad

PERISTIWA yang ingin saya ceritakan adalah mengenai satu jenazah yang bagi saya cukup aneh. Darah tak putus-putus keluar daripada seluruh tu...

Tiga Anak Pengsan Semasa Urus Jenazah Bapa

PERISTIWA yang ingin saya ceritakan adalah mengenai satu
jenazah yang bagi saya cukup aneh. Darah tak putus-putus
keluar daripada seluruh tubuhnya. Tak tahulah kenapa...
tapi dari sejak Allahyarham meninggal dunia, darah tak
berhenti-henti keluar.

Allahyarham ini meninggalnya kerana sakit, bukan sebab
kemalangan. Doktor pun mengesahkan tidak ada penyakit yang
boleh sebabkan jenazah berdarah macam itu sekali. Apakah
yang berlaku kepada Allahyarham?

Peristiwa tersebut berlaku beberapa tahun lalu di sebuah
tempat di Selangor. Tapi maaflah, nama orang dan nama
tempat kejadian tak dapat saya ceritakan ialah Allahyarham
ini adalah seorang lelaki, meninggal ketika berumur 50-an
atau 60-an tahun dan semasa hidupnya, Allahyarham bolehlah
kita golongkan sebagai orang kaya. Dia pegawai kerajaan dan
pernah menjadi penolong pengarah agensi tempat dia bekerja.

Allahyarham ini ada beberapa orang anak. Beliau meninggal
dunia di rumahnya pada pukul 8.30 malam kerana sakit
biasa.Tapi saya diberitahu doktor pun tak tahu apa penyakit
yang dihadapinya.

Tapi yang menimbulkan pertanyaan dan keinsafan ialah
apabila Allahyarham habis saja nazak dan lepas itu
menghembuskan nafasnya yang terakhir, tiba-tiba saja darah
mula keluar daripada seluruh tubuhnya, khususnya dari
liang-liang dan
rongga-rongga. ..dari mulut, telinga, hidung, mata,
celah-celah bulu roma dan celah-celah kuku. Mula-mula
sedikit, tapi makin lama makin banyak sampai mayat itu
dipenuhi darah. Darah itu pun tak putus-putus keluar. Cukup
mengerikan.. .dan menyedihkan.

Apabila tengok mayat ayahnya itu lain macam, anak
Allahyarham pergi ke rumah saya. Masa itu kira-kira pukul
11.00 malam. Kebetulan pula anak Allahyarham itu murid saya
yang memang saya kenal sangat.

Dalam keadaan yang sedih bercampur panik dia berkata,
"Ustaz, ayah saya meninggal dunia. Ustaz boleh tolong
tak?"

Saya kata, "Boleh, tapi kenapa pula? Ada masalah
ke?"

"Mayat ayat saya ni agak lain sikitlah ustaz. Saya
minta sangatlah ustaz dapat tolong kami," kata anak
Allahyarham tadi. Bagaimanapun dia tidak ceritakan pada
saya apa yang terjadi pada mayat ayahnya itu.

Saya pun pergi ke rumahnya. Apabila sampai di rumahnya baru
dia ceritakan apa yang sebenarnya berlaku. Saya naik ke atas
rumah dan terus pergi ke tempat Allahyarham diletakkan
dan... masya-Allah, saya tengok darah sudah penuh di
seluruh badan Allahyarham. Baunya pun semakin hanyir.
Busuk. Dan busuknya
pun lain dari yang lain...sukar untuk saya gambarkan
hinggakan kemenyan yang dibakar dan bau-bauan pun tak boleh
mengurangkan bau busuk mayat itu.

Apabila saya pandang wajah Allahyarham, saya lihat ia
seperti dalam keadaan cemas, takut... langsung tidak ada
tanda-tanda kejernihan dan nur di wajahnya. Apa yang
sebenarnya dialami dan dirasai oleh Allahyarham ketika itu
wallahuaklam. Allah yang lebih mengetahui.

Maha suci Allah, mayat ini cukup pelik sebab baru dua jam
lebih dia meninggal tapi begitu aib sekali keadaannya.
Dalam hati saya berdoa dan beristighfar supaya saya dapat
uruskannya dengan cara terbaik dan tidak berlaku lagi
sesuatu yang
mengaibkan Allahyarham.

Saya pelawa beberapa orang kawan untuk uruskan jenazah
tadi. Kami ambil kapas dan tutup mulut, hidung, mata,
telinga dan rongga-rongga besar pada mayat. Tapi Allah itu
Maha Berkuasa, kapas itu tidak mampu menahan darah yang
keluar.

Apabila dicabut kapas yang sudah basah dengan darah utuk
diganti dengan kapas yang lain, darah meleleh keluar dari
rongga-rongga tadi. Menjejes hingga kain dan tikar tempat
kami baringkan mayat itu menjadi merah. Tidak tahulah
berapa banyak kapas yang kami gunakan, tapi tak berkesan.

Allah jua yang menentukan. Tidak cukup dengan darah, tambah
menyedihkan saya ialah muka dan kulit di seluruh tubuh
Allahyarham tadi tiba-tiba menggerutu. Keluar satu bahan
berlendir, menggerutu macam cacar yang berbonjol-bonjol di
muka dan badannya.

Bonjol-bonjol kecil itu seperti bernanah dan busuk baunya.
Makin lama bonjol-bonjol itu makin banyak hingga tidak
keterlaluan kalau saya katakan di sini iaitu wajah jenazah
tersebut sudah tidak menyerupai wajah manusia lagi.

Melihat keadaan mayat yang sebegitu rupa, saya pun katakan
kepada semua kaum keluarga Allahyarham dan pembantu saya,
"Kita mesti kebumikan jenazah ini malam ini
juga." Mereka bersetuju. Selain daripada dua orang
pembantu, tiga orang anak
Allahyarham juga menolong saya menguruskan jenazah bapanya.
Tapi sedih, seorang demi seorang anak Allahyarham itu
pengsan kerana tidak sanggup melihat keadaan mayat bapa
mereka itu. Akhirnya tinggallah saya dengan dua pembantu
saya tadi.

Bagi mengelakkan tohmahan orang dan tak mahu kain kapan
menjadi merah, saya ambil keputusan untuk membalut
Allahyarham dengan plastik...plastik alas meja yang
berwarna putih. Selepas itu barulah kami balut mayat tadi
seperti biasa dengan kain putih. Mengikut syarak, mayat
tidak digalakkan dikebumi malam-malam. Tapi dalam keadaan
darurat seperti itu saya tidak boleh tunggu lama-lama.
Kebetulan pula kawasan perkuburan terletak tidak jauh dari
rumah Allahyarham, kira-kira dua kilometer sahaja, jadi
kami cari lampu dan spotlight. Dalam waktu dinihari yang
gelap dan sejuk itu kami suluh jalan dan kawasan kubur
Allahyarham. Kami mula kebumikan Allahyarham itu kira-kira
pukul 1.30 pagi.

Sampai saja ke kuburnya , berlaku sekali lagi peristiwa
aneh, yang amat mengharukan. Kuburnya dipenuhi air! Air itu
macam air biasa tapi tak putus-putus keluar dari celah bumi.
Ini memang aneh sebab hari itu tidak hujan. Kalau hendak
dikatakan kawasan kubur itu rendah, lembah.. tak juga sebab
sudah banyak kubur di situ tapi tak pernah pula terjadi
macam ini. Memandangkan orang ramai sudah mula kecoh, kami
ambil keputusan mengebumikan juga mayat itu dalam keadaan
ia
ditenggelami air.

Menyedihkan. Apabila mayat mencecah saja ke air, maka air
itu bertukar menjadi merah kerana bercampur dengan darah.
Hanyir, busuk....susah saya nak cakap macam mana baunya
ketika itu. Makin lama warna air itu makin merah. Mujur
waktu itu tengah dinihari, orang yang datang ke kubur tak
nampak sangat. Kalau
siang...

Kami pun benamkan jenazah tadi, endal betul-betul dan
kemudian tutup dengan papan. Kami buat betul-betul supaya
jenazah tidak terlungkup. selepas selesai semuanya. kubur
pun dikambus. Selesai ditalkinkan, saya dan semua yang
menghantar Allahyarham ke kubur kembali semula ke rumah
masing-masing dan saya menenangkan keluarga Allahyarham
yang bersedih.

Entah apa kesalahan yang telah Allahyarham lakukan saya tak
tahulah. Yang tahu cuma Allah dan Allahyarham. Bagaimanapun
saya yakin ia adalah balasan Allah kepada Allahyarham. Bagi
saya ini satu iktibar. Saya tidak mengatakan Allahyarham
telah melakukan sesuatu kesalahan besar tapi bagi saya,
darah ini mempunyai tiga kaitan dan mungkin apa yang
berlaku pada Allahyarham ada kaitan dengan salah satu
daripadanya. Saya kata mungkin...bukan menuduh.

PERTAMA, janganlah sekali-kali kita membunuh orang.Membunuh
pula banyak caranya. Saya bukan kata Allahyarham ada
membunuh orang tapi perlu diingat darah itu mahal harganya.


KEDUA, ia mungkin ada kaitan dengan makanan dan minuman.
Janganlah kita memakan makanan dan minuman yang haram sebab
ia menjadi sumber darah yang mengalir dalam tubuh kita ini.
Jauhkanlah diri daripada rasuah, makan harta anak yatim
atau duit masjid, harta pusaka dan sebagainya yang bukan
milik kita.

KETIGA, hormatilah darah. Kalau ada darah di rumah atau di
jalan raya akibat kemalangan, bersihkan;ah dengan air. Bagi
perempuan, ingin saya ingatkan. Cucilah tuala wanita (semasa
haid dan nifas) selepas anda menggunakannya. Bersihkan darah
dengan air bersih baru dibuang tuala itu. Jangan buang
begitu saja selagi masih ada darah kotor yang melekat pada
tuala itu. Walaupun darah itu kotor, tapi ia juga makhluk
Tuhan yang perlu dihormati.

Renungkanlah diri kita dan jadikanlah kisah ini sebagai
iktibar. Ingatlah, suatu hari nanti kita juga kan menghadap
Allah S.W.T. Berdoalah supaya perkara-perkara aib macam ini
tidak terjadi pada kita.

0 comentários: