kisah kisah pengajaran untuk semua umat islam

Home Top Ad

Bersama Mohd Zawawi Yusoh ADA banyak perkara yang kita tidak boleh lupa. Kita tidak lupa ibu bapa, kita ingat harta benda dan antara yang ki...

Usah ungkit kebaikan dibuat

Bersama Mohd Zawawi Yusoh

ADA banyak perkara yang kita tidak boleh lupa. Kita tidak lupa ibu
bapa, kita ingat harta benda dan antara yang kita tidak lupa ialah
kebaikan yang pernah kita lakukan.

Malah, sesetengah daripada kita apabila berjumpa orang yang pernah
kita berjasa, teringat jasa kita.
Kalau itu yang kita teringat, kita akan sentiasa banyak mengungkit dan
mungkin nanti akan ada banyak halangan dalam berhubung sesama manusia.

Dalam pertemuan kali ini, mari kita mendengar pesanan dan nasihat
Luqman al-Hakim kepada anaknya.

Pesannya: "Wahai anakku, hendaklah kamu ingat kebaikan orang dan lupa
kejahatan orang. Dan hendaklah kamu lupa kebaikan kamu terhadap orang
dan ingatlah kejahatan yang kamu lakukan kepada orang."

Mari kita perhalusi pesanan Luqman di atas.

1. Mengingati segala kebaikan yang dilakukan orang lain kepada kita.
Apabila kita ingat kebaikan orang, kita akan berasa kekurangan
kebaikan yang kita lakukan kepada orang lain dan kita akan berusaha
melakukan kebaikan.

2. Mengingati segala kejahatan yang kita lakukan. Ini supaya kita
tidak mengulangi kesalahan dan kesilapan kita terhadap orang lain.

3. Lupakan kebaikan yang pernah kita lakukan. Apa-apa kebaikan yang
pernah kita lakukan hendaklah kita lupakan, kerana Allah saja yang
dapat menilai apa yang kita buat.

Ditakuti nanti, apabila kita sentiasa ingat kebaikan yang kita
lakukan, menyebabkan syaitan akan memaut hati kita dan membisikkan
supaya mengungkit kebaikan yang pernah dilakukan.

Orang yang mengungkit kebaikan yang dilakukan menyebabkan amalan
berkenaan menjadi sia-sia dan tidak bernilai di sisi Allah.

Sabda Rasulullah s.a.w bermaksud: "Orang yang mengungkit kebaikannya
sama seperti daun kering yang dijilat api."

Betapa ruginya amalan perbuatan terbabit. Habis begitu sahaja hanya
dengan sekali ungkitan.

4. Lupakan kejahatan yang pernah dilakukan orang terhadap kita.
Sebagai manusia, memanglah susah untuk kita melupakan kejahatan yang
pernah dilakukan orang terhadap kita.

Bagaimanapun, agama kita menuntut supaya melupakan kejahatan mereka.
Kita perlu melawan supaya kita boleh lupakan kejahatan orang lain.

Apabila kita melupakan kejahatan dan kesalahan orang lain, kita dapat
membantu dan menolong mereka dengan melakukan kebaikan.

Sabda Rasulullah s.a.w bermaksud: "Orang yang baik ialah orang yang
berbuat baik kepada orang membuat baik kepadanya dan membuat baik
kepada orang yang membuat jahat terhadapnya."

Lupakan kejahatan orang terhadap kita. Tiada guna mengingati kejahatan
dan kesalahan orang kerana ia boleh merosakkan akal serta kebahagiaan
hidup kita, malah menjadikan hidup kita tidak ceria.

Marilah kita sama-sama mengikhlaskan diri dalam segala tindakan tanpa
mengingati dan mengungkit kebaikan yang dilakukan supaya mendapat
keredaan Allah serta kebahagiaan dunia mahupun akhirat.

0 comentários:

Bersama Mohd Zawawi Yusoh TIP MANSUR bin Ammar Rahimahullah Taala berkata; terdapat kata-kata hikmah (antaranya ialah): * Sesiapa yang melih...

siapa takbur dia keji

Bersama Mohd Zawawi Yusoh

TIP

MANSUR bin Ammar Rahimahullah Taala berkata; terdapat kata-kata hikmah
(antaranya ialah):
* Sesiapa yang melihat-lihat keaiban diri, dia tidak akan peduli
keaiban orang lain.

* Sesiapa yang tidak mengenakan pakaian takwa, dia tidak akan ditutupi
dengan suatu apa pun.

* Sesiapa yang reda rezeki Allah, dia tidak akan sedih dengan apa yang
ada di tangan orang lain.

* Sesiapa yang mencabut pedang kezaliman, dia akan memotong tangannya.

* Sesiapa yang menggali telaga untuk saudaranya, dia akan terjatuh ke dalamnya.

* Sesiapa yang mencabut hijab (penghadang) orang lain, akan terbukalah
auratnya (keaibannya).

* Sesiapa yang memendamkan sesuatu perkara, dia akan mendapat celaka.

* Sesiapa yang membahayakan dirinya, dia akan binasa.

* Sesiapa yang tidak menggunakan akalnya, dia akan dihina.

* Sesiapa yang bersifat takbur dengan manusia, dia akan dikeji.

* Sesiapa yang menyelidiki dengan mendalam sesuatu pekerjaan
(perkara), dia akan berasa jemu.

* Sesiapa yang tidak berpengalaman dalam setiap urusan, dia akan dikhianati.

* Sesiapa yang mengetahui ajal mautnya, akan pendeklah impiannya.

* Sesiapa yang bersahabat dengan orang rendah akhlak, dia dipandang hina.

0 comentários:

Wanita cantik dengan dada memmbusuk - Hidayah

0 comentários: