kisah kisah pengajaran untuk semua umat islam

Home Top Ad

Ni aku nak share antara amalan dan doa yang sentiasa aku amalkan setiap kali ingin meninggalkan rumah untuk suatu masa yang lama. Aku dapat ...

Amalan tinggal rumah

Ni aku nak share antara amalan dan doa yang sentiasa aku amalkan setiap kali ingin meninggalkan rumah untuk suatu masa yang lama.

Aku dapat ilmu ni pun melalui perkongsian di FB juga beberapa tahun yang lepas.

Ok.
Selepas dah kunci rumah elok-elok, korang letakkan tapak tangan kanan ke anak pintu atau dinding rumah. Kemudian baca ayat-ayat doa seperti di bawah ni ;

1) Mengucap dua kalimah syahadah.(1x)
2) Berselawat ke atas Nabi Muhammad SAW. (3x)
3) Baca Ayatul Kursi.(1x)
4) Baca Surah Yasin ayat ke-9.(1x)

"Wa ja'alna mim baini aidihim saddaw wamin kholfihim saddan fa aghsyaina hum fa hum laa yubsiruun"

Bermaksud : "Dan KAMI adakan di hadapan mereka dinding-dinding dan di belakang mereka dinding-dinding (pula), dan KAMI menutup mata mereka sehingga mereka tidak dapat melihat".

5) Lafazkan "Bismillahitawakkaltu'Alallah" ; "La haulawala khuwwata illabillah 'ill 'Aliyil 'Aziim"

Aku selalunya akan tambah satu lagi doa ni, 

Bismillahillazi la yadhurru ma'asmihi syaiun fil ardhi wala fis sama'ie wa huas sami'ul 'alim.

6) Yakin. 

Semoga rumah atau tempat tinggal kita dan kita sekeluarga sentiasa terpelihara serta dijauhi daripada kejahatan manusia dan jin.

Sesungguhnya Allah jualah tempat bergantung.

Kredit: Hizandie Shuaib

0 comentários: