Belajar dari daun kering. Ketika ia kering manusia meresahkannya kerana dedaun kering menjadi sampah yang di tiup angin. Sedangkan manusia lupa bahawa ALLAH pernah menjadikan dia penghasil oksigen ketika dulu berada di tangkainya.
Lihat?.. manusia memang begitu, hanya melihat celah keburukan namun lupa akan kebaikannya. Kebaikan kita suatu hari nanti akan dilupakan, tapi percayalah setiap kebaikan yang kita lakukan hari ini akan kita tuai di masa akan datang.
Orang layan kita dengan baik, Alhamdulillah. Orang layan kita dengan buruk terima seadanya. Orang rasa dia perlukan kita, dia cari kita. Dia rasa nak buang kita, itu hak dia. Kalau orang susah minta tolong, selagi boleh kita tolong. Kalau orang dah senang lupakan kita, kita pasrah je. Begitulah resam dunia, disebabkan kesilapan kecil saja kita dicemuh. Lupa semua kebaikan kita yang lalu. Takpe, biarlah.. kita redha je.
Seseorang tu tak layan dan terima kita, sebab dia tak tahu menghargai kita. Mengalah tak bererti kalah. Takut tak bererti pengecut. Jangan angkuh sesama manusia. Kaya ke, berpengaruh ke, itu jawatan kat Dunia sahaja. Kena ingat kita semua sama. Jangan sia-siakan hidup kita untuk membenci orang lain. Tapi pergunakan hidup untuk mengasihi yang lain. Biar kita jadi yang menginspirasi bukan yang mencaci.
Hidup ini ibarat daun-daun pepohon yang menghijau. Tiba masanya akan bertukar kekuningan menunggu saat gugur ke bumi. Dan akan diganti dengan dedaunan yang lain. Itulah kitaran alam, hingga tiba saat itu tika gugurnya tidak berguna lagi untuk menyesal. Hanya amalan yang dibawa, bertemu yang Maha Esa. Tiada yang abadi melainkan zat yang Maha Agung.
0 comentários:
Post a Comment